SEMATAN: Kerajaan Sarawak akan membentangkan satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan pengurusan sisa pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan sebagai langkah memperkukuh tadbir urus alam sekitar wilayah ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata RUU itu akan mewujudkan kerangka undang-undang yang lebih menyeluruh bagi mengawal selia pengumpulan dan pengurusan semua jenis sisa di negeri ini. “Pada sesi DUN bulan depan, kita akan…










