PETALING JAYA: Daerah Tawau dan Sandakan dijangka berdepan ribut petir sehingga jam 1 tengah hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan termasuk Tawau, Semporna, Kinabatangan serta Sandakan. MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca tidak menentu itu akan berterusan sepanjang minggu ini, namun setakat ini tiada amaran banjir dan hujan berterusan dikeluarkan bagi kawasan terbabit. Timbalan Pengarah Kanan Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi…










