KUALA LUMPUR: Seramai 23 rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel kerana mengikut misi Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka dibawa keluar dari negara haram itu melalui Turkiye dalam masa satu atau dua hari lagi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah menyampaikan permintaan itu kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan dalam perbualannya semalam. Anwar berkata, beliau meminta Erdogan untuk membawa sama rakyat Malaysia yang ditahan bersama aktivis Turkiye ke…