Penduduk cemas, atap rumah ‘diterbangkan’ angin kuat

Penduduk cemas, atap rumah ‘diterbangkan’ angin kuat

JASNI Sapuan (tengah) bersama Yusla Ismail (kanan) melihat keadaan bumbung rumah yang rosak dilanda angin kencang di Parit Lapis Mahang, Senggarang, Batu Pahat, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Walaupun hanya 10 saat berlaku, kejadian angin kuat yang melanda Parit Lapis Mahang, Senggarang dekat sini petang semalam tetap mencemaskan penduduk apabila kediaman masing-masing turut rosak.

Seorang penduduk, Jasni Sapuan, 54, berkata, atap garaj serta bumbung bahagian ruang tamu rumahnya turut ‘diterbangkan’ angin.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang bermula dengan hujan renyai-renyai sebelum secara tiba-tiba angin datang dengan kuat bersama air hujan.

“Apabila berada dalam rumah, air hujan mencurah masuk dan menyebabkan ruang tamu banjir apabila hujan berterusan kira-kira satu jam selepas dibadai ribut.

“Mujur tidak ada melibatkan kecederaan ahli keluarga, walaupun saya terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit untuk membaik pulih kerosakan ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Yusla Ismail berkata, pihaknya sudah menyalurkan bantuan kecemasan sebagai langkah awal membantu Jasni dan keluarganya.

Ujarnya, pihak JKM, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) serta Yayasan Makmur Batu Pahat juga sudah dihubungi untuk pihak berkenaan cakna dengan kejadian ini.

“Pusat Khidmat DUN Senggarang juga akan terus memantau kejadian ini agar mangsa mendapat perhatian segera daripada pihak berkaitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×