PETALING JAYA: Belanjawan 2026 yang merupakan belanjawan pertama bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dibentang Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim, pukul 4 petang ini. Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat dalam Kerajaan Madani, akan menjadi asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang. Pembentangan Belanjawan 2026 akan disiarkan secara langsung menerusi platform berita Utusan Malaysia, stesen televisyen tempatan dan platform media…