PETALING JAYA: Semua pemilik teksi dan kereta sewa persendirian akan terus menikmati pengecualian 100 peratus duti eksais dan 100 peratus cukai jualan jika membuat pembelian kereta nasional baharu Proton dan Perodua. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, HRD Corp turut menyediakan RM10 juta untuk menanggung kos kursus dan elaun kepada pemandu teksi berlesen yang bercarum menjalani latihan peningkatan kapasiti. “Ia bertujuan meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi,” katanya ketika membentangkan…