Pas sokong resolusi RUU PSB 

Pas sokong resolusi RUU PSB 

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menyokong resolusi serta usul Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar (PSB) anjuran UMNO hari ini dengan tujuan utama melindungi hak dan kepentingan pemilik tanpa kompromi.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu percaya konvensyen itu tepat pada masanya susulan kebimbangan dan bantahan meluas rakyat.

Ia berikutan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) PSB yang didapati gagal menjawab isu-isu penting yang disuarakan oleh banyak pihak sebelum ini.

“Konvensyen yang menetapkan tiga resolusi berserta 14 penegasan dan dua usul ini, termasuk penubuhan sebuah agensi khusus untuk mengawal selia rancangan pembaharuan semula bandar.

“Ia bagi melancarkan proses pembangunan serta penyuraian pertikaian, diyakini boleh meminimumkan konflik yang mungkin berlaku, selain menjamin kepentingan dan hak pemilik sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Konvensyen PSB yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pagi tadi, antaranya menuntut kerajaan menggubal semula RUU URA dengan mengambil kira pandangan pihak berkepentingan sebelum dibentangkan di Parlimen.

Ketua Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan RUU tersebut, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, konvensyen itu berpandangan draf sedia ada masih mempunyai terlalu banyak kelompongan dan peruntukan yang tidak meyakinkan.

Katanya, selain itu, ia juga gagal menjamin perlindungan secukupnya kepada pemilik hartanah serta masyarakat setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN