KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini dalam proses meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] bagi memperkukuh perlindungan kepada pembeli rumah serta mengelak projek perumahan terbengkalai. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pindaan itu penting bagi memperincikan peruntukan sedia ada supaya hak dan kepentingan semua pihak dalam industri perumahan terutama pembeli, dapat dijamin dengan lebih baik. “Langkah ini akan memperkasa tadbir…










