PETALING JAYA: MyDigital ID menyasarkan 15 juta pengguna menjelang akhir 2025. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, platform itu akan diperluas ke sektor utama seperti kewangan, telekomunikasi, e-dagang dan kesihatan. “Melalui kepakaran dalaman, Unit Govtech Malaysia diperkasa untuk membangunkan lebih banyak aplikasi digital kerajaan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN