PETALING JAYA: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras kartel tipuan bida dalam proses perolehan kerajaan dan sektor swasta. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tindakan tegas perlu dilaksanakan kerana pakatan dalam tender menjejaskan ketelusan dan menghalang kerajaan mendapatkan nilai terbaik. “Kalau tender terbuka tetapi wujud tipuan bida, ia menggagalkan objektif ketelusan dalam perolehan kerajaan. Kami mahu pastikan prosesnya bersih dan…

 
								 
											








