PETALING JAYA: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menggesa supaya satu rangka kerja saintifik kebangsaan diwujudkan bagi membimbing pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 secara lebih berkesan dan berasaskan bukti kukuh. Presidennya, Prof. Dr. Murallitharan Munisamy berkata, rangka kerja itu penting bagi memperkukuh aspek kawal selia, promosi kesihatan serta penyelidikan lapangan agar pelaksanaan akta berjalan selaras dengan realiti semasa. “Kerjasama antara institusi akademik tempatan dan antarabangsa, masyarakat sivil…