Dewan Rakyat kecoh kerana 'sewel' dan 'sueh' - Utusan Malaysia

Dewan Rakyat kecoh kerana ‘sewel’ dan ‘sueh’

ROSOL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 (Belanjawan 2026) di Dewan Rakyat kecoh selepas Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) didakwa menggunakan perkataan ‘sewel’ terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit dan memohon penjelasan merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36 (4) yang melarang penggunaan bahasa kurang sopan atau menyakitkan hati dalam perbahasan.

Beliau bertanya sama ada Rosol benar-benar menyebut perkataan ‘kesewelannya’ semasa sesi perbahasan sebentar tadi.

Menjawab tuduhan itu, Rosol menafikannya dan menjelaskan beliau menyebut perkataan ‘sueh’ bukan ‘sewel’.

Menurutnya, ‘sueh’ membawa maksud ‘malang’, bukan gila dan menyatakan kekeliruan mungkin berlaku disebabkan masalah pendengaran pihak lain.

“Saya kata ‘suwey’, bukan ‘sewel’. ‘Suwey’ ini bermaksud malang, kalau sebut sewel, itu gila,” katanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor menerima penjelasan tersebut dan isu itu dianggap selesai.

Dewan Bahasa Pustaka (DBP) mentakrifkan ‘Sueh’ sebagai malang atau sial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN