'Kami terasa, ini presiden kami' - Utusan Malaysia

‘Kami terasa, ini presiden kami’

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mempersoalkan tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor yang membacakan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat berkaitan peraturan berbahas sebelum Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) memulakan perbahasan.

Ramli membacakan Seksyen 36 (C) iaitu menaikkan perasan bersakit-sakit hati ketika Abdul Hadi yang juga Presiden Pas akan berbahas mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2026 (Belanjawan 2026) di Dewan Rakyat hari ini.

“Kenapa yang berhormat (YB) bagi peringatan itu sebelum Marang? Tadi sepatutnya masa sebelum YB Seputeh (Teresa Kok Suh Sim) bercakap. Seolah-olah YB Marang hendak menaikkan perasaan bersakit-sakit.

“Ini yang kami terasa. He is my president (beliau presiden kami). Hakim tak boleh prejudis. Kami respek anda,” katanya.

Ramli menjelaskan tiada unsur prejudis berhubung peringatan yang diberikan mengenai Peraturan 42 (mesyuarat hendaklah diam bila pengerusi bercakap).

“Dalam isu ini, YB perasan saya naik (ambil alih tugas) bila? Bila saya ambil alih, baru giliran saya.

“Semasa itu, YB Seputeh sedang berbahas, bila saya hendak jelaskan? Bila saya duduk di sini baru saya jelaskan.

“YB (Takiyuddin) yang prejudis, bukan saya. Saya bukan prejudis,” katanya.

Situasi kemudian reda dan sesi perbahasan diteruskan dengan perbahasan Abdul Hadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN