McLaren perlu utamakan Piastri

McLaren perlu utamakan Piastri

Oscar Piastri. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: McLaren perlu bijak mengatur strategi dengan mengutamakan Oscar Piastri berbanding Lando Norris dalam perebutan kejuaraan ketika Formula Satu (F1) berbaki enam perlumbaan bagi mengelak terlepas gelaran dunia.

Selepas Grand Prix (GP) Singapura, Piastri kini mendahului rakan sepasukannya dengan kelebihan 22 mata, manakala Max Verstappen dari Red Bull ketinggalan 63 mata tetapi semakin mengancam selepas dua kemenangan dalam tiga perlumbaan terakhir.

Bekas bos Haas, Guenther Steiner menegaskan sudah tiba masanya McLaren membuat keputusan tegas jika benar mereka mahu menamatkan penantian gelaran dunia.

“Saya fikir mereka perlu pilih seorang pelumba, dan ketika ini orang itu ialah Oscar kerana dia memiliki lebih banyak mata.

“Saya minta maaf, ini bukan soal pilih kasih, tapi Oscar meletakkan dirinya di kedudukan lebih baik sepanjang dua pertiga musim pertama. Dia patut diberi peluang memburu kejuaraan,” kata Steiner.

Steiner turut mengkritik pendekatan dalaman pasukan yang digelarnya sebagai peraturan papaya, merujuk kepada warna rasmi jentera McLaren.

Katanya, campur tangan pasukan dalam insiden antara Norris dan Piastri di selekoh ketiga perlumbaan Singapura membuatkan aksi itu bukan lagi perlumbaan sebenar.

“Ini sepatutnya tentang perlumbaan, bukan kiraan matematik atau keputusan politik dalam pasukan,” tegas Steiner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN