Man-Tee bermandi peluh singkir rakan senegara

Man-Tee bermandi peluh singkir rakan senegara

I'm
Pasangan No. 5 dunia itu terpaksa bermandi peluh untuk menyingkirkan mereka dalam permainan tiga set, 21-16, 19-21, 21-16 dalam masa 53 minit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dipaksa bermandi peluh sebelum menyingkirkan rakan senegara Arif Junaidi-Yap Roy King pada pusingan pertama Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman, hari ini.

Turun buat kali kelima menentang gandingan muda itu musim ini, pasangan No. 5 dunia berkenaan terpaksa berhempas pulas selama 53 minit untuk mencatat kemenangan 21-16, 19-21, 21-16.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Arif-Roy King masih gagal memecah kebuntuan selepas tewas dalam semua tujuh pertemuan menentang Wei Chong-Kai Wun setakat ini.

Pasangan utama negara itu dijadual berdepan cabaran getir di pusingan kedua apabila bakal menentang gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana.

Gandingan No. 15 dunia dari Indonesia itu terdahulu menyingkirkan pasangan profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dalam straight set 21-16, 21-17 hanya dalam masa 34 minit.

Sementara itu, pemain perseorangan profesional negara, Tan Jia Jie terkandas di pusingan pertama selepas tunduk kepada wakil Denmark, Magnus Johannesen 18-21, 15-21. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN