Liverpool tersingkir Piala Liga

Liverpool tersingkir Piala Liga

Pemain tengah Crystal Palace Yeremy Pino (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga pasukan itu semasa perlawanan bola sepak pusingan keempat Piala Liga Inggeris antara Liverpool dan Crystal Palace di Anfield di Liverpool hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Krisis di Anfield semakin meruncing apabila Liverpool tersingkir awal daripada Piala Liga selepas dibelasah Crystal Palace 3-0 dalam aksi pusingan keempat, awal pagi tadi.

Dua jaringan pantas Ismaila Sarr di separuh masa pertama dan satu lagi daripada Yeremy Pino sudah cukup untuk menambah derita skuad kendalian Arne Slot yang kini tewas enam daripada tujuh perlawanan terakhir.

Slot mempertaruhkan skuad muda dengan memberi keutamaan kepada aksi penting menentang Aston Villa, Real Madrid dan Manchester City dalam tempoh dua minggu akan datang.

“Ini bukan standard Liverpool untuk kalah enam daripada tujuh perlawanan.

“Dengan hanya 15 atau 16 pemain utama yang benar-benar cergas, saya perlu buat keputusan sukar. Minggu depan kami akan berdepan tiga lawan yang sangat kuat,” kata Slot.

Liverpool kini sudah empat perlawanan liga tanpa kemenangan dan ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Arsenal, sekali gus menambah tekanan ke atas jurulatih baharu itu.

Keputusan itu juga bermakna Palace kini menewaskan Liverpool tiga kali dalam tempoh hanya 80 hari termasuk dalam Piala Sumbangsih dan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Palace yang mara ke suku akhir bakal menentang Arsenal, manakala kemenangan Newcastle dan Manchester City melengkapkan senarai lapan pasukan terbaik Piala Liga musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN