KL City bimbang aksi ‘berkarat’

KL City bimbang aksi ‘berkarat’

KUALA Lumpur City ketika ini tidak tewas dalam lima perlawanan terakhir Liga Super.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rehat panjang selama sebulan tanpa aksi kompetitif di peringkat liga berisiko menyebabkan aksi Kuala Lumpur City (KL City) FC berkarat.

Skuad kendalian Risto Vidakovic juga akan berdepan ujian getir dalam aksi selepas rehat apabila berdepan Selangor FC dalam derbi Lembah Klang, Ahad ini.

Bagaimanapun, Risto boleh bersandarkan kepada rekod cemerlang The City Boys apabila cemerlang dengan lima kemenangan berturut-turut sebelum ini.

“Sekarang kami perlu merancang bagaimana mahu jalani latihan namun situasi yang terpaksa kami hadapi agak rumit. Kami bermain dua atau tiga perlawanan kemudiannya terpaksa berehat sebulan.

“Apabila terpaksa berhenti (tiada perlawanan kompetitif dalam tempoh lama), ia pasti menghadirkan kesukaran tetapi itulah yang kami perlu hadapi,” katanya.

Sepanjang tempoh sebulan ini, Gergasi Merah mungkin berdepan keletihan memandangkan kelab itu terpaksa harungi empat perlawanan termasuk aksi Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) menentang Persib Bandung di tempat lawan, esok.

Tanpa memperdulikan keadaan yang terpaksa dilalui, Vidakovic mahu lebih bersikap positif dan kekal motivasi tertinggi untuk memanfaatkan masa yang ada bagi menyiapkan skuad lebih kukuh. 

“Kerja lebih mudah apabila kami meraih kemenangan. Tetapi bagi saya, paling penting adalah kami mendapatkan keyakinan, terus bekerja dan semua orang dapat terima apa yang kami minta daripada pemain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN