KUALA LUMPUR: Kerajaan menaikkan peruntukan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) kepada RM40 bilion susulan tambahan RM10 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2026. Langkah itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat, khususnya golongan tanpa pendapatan tetap, memiliki rumah pertama. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata, usaha memperluas skim berkenaan membuktikan kesungguhan kerajaan memastikan tiada golongan yang tercicir daripada peluang memiliki kediaman sendiri. “Melalui skim ini, kerajaan menjamin pembiayaan perumahan…










