PETALING JAYA: Kerajaan sedang memuktamadkan polisi kawal selia penyusunan semula atau percantuman syarikat bagi mengelakkan monopoli pasaran dan memastikan pengguna tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, percantuman syarikat perlu dipantau kerana ia boleh mewujudkan penguasaan pasaran yang memberi kesan kepada persaingan. Menurut beliau, pindaan Akta Persaingan 2010 akan memberi lebih kuasa kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk…








