Hormati azan, Sonu Nigam ambil dua minit berhentikan persembahan - Utusan Malaysia

Hormati azan, Sonu Nigam ambil dua minit berhentikan persembahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KASHMIR: Penyanyi terkenal India, Sonu Nigam, 52, meraih pelbagai reaksi selepas memberhentikan persembahan untuk menghormati laungan azan.

Sonu, yang beragama Hindu, bertindak sedemikian ketika mengadakan persembahan di Srinagar, dekat sini baru-baru ini.

“Mohon berikan saya dua minit kerana azan akan dilaungkan sebentar lagi,” katanya.

Ramai pihak terkejut dan tidak menyangka penyanyi kelahiran Haryana itu akan bertindak sedemikian kerana beliau juga, pada 2017 pernah menganggap laungan azan menggunakan pembesar suara sebagai paksaan beragama.

“Tuhan rahmati semua orang. Saya bukan Muslim, tetapi setiap pagi saya terjaga kerana laungan azan,” katanya sebelum ini.

Tindakannya itu mencetuskan kontroversi sekaligus mengakibatkan ramai pihak memboikot muzik dan persembahannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN