KUALA LUMPUR: Wakil kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia akhirnya bersedia menerima memorandum bantahan berhubung tindakan Israel terhadap aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) setelah enggan menerimanya semalam. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, hanya dua individu sahaja dibenarkan masuk ke kedutaan tersebut. Beliau berkata, wakil kedutaan AS menghubunginya untuk mengatakan serahan memorandum akan dilakukan sekitar pukul 3 petang tadi. “Hanya dua individu saja dibenarkan masuk (ke…