Furusato rangkul gelaran sulung Moto3

Furusato rangkul gelaran sulung Moto3

Taiyo Furusato (tengah) meraih kemenangan sulung dalam kariernya pada perlumbaan kelas Moto3 Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, Sepang, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelumba Jepun, Taiyo Furusato melakar kemenangan sulung dalam kariernya selepas mengungguli saingan kelas Moto3 pada Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, dekat sini, hari ini.

Furusato yang mewakili pasukan Honda Team Asia itu mencatat masa terpantas 22 minit 03.888 saat (s) untuk mengutip 25 mata penuh.

Muncul naib juara ialah Angel Piqueras dari pasukan FRINSA-MT Helmets-MSi, selelpas anak muda dari Sepanyol itu melakar masa 22:06.147s, manakala, tempat ketiga menjadi milik pelumba Leopard Racing, Adrian Fernandez yang mencatat masa 22:06.513s.

Malang menimpa pelumba ‘wild card’ negara, Hakim Danish Ramli selepas berdepan isu teknikal pada motosikalnya yang menyebabkan dia tidak dapat menamatkan saingan ketika perlumbaan berbaki lima pusingan untuk berakhir.

Pada ketika itu, pelumba berusia 18 tahun berasal dari Terenganu tersebut berada di tempat ke-11 dan berjaya mengekalkan kedudukannya bersama pelumba dalam kelompok hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN