PETALING JAYA: Bagi menggalakkan penjawat awam meningkatkan kelayakan akademik, kerajaan akan menyediakan Elaun Sara Hidup RM900 sebulan kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa mulai 2026. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut bersetuju meningkatkan jumlah penerima HLP Separa Biasiswa kepada 150 orang setahun berbanding 100 orang. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN