PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan kenaikan kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) sebanyak 40 peratus berkuat kuasa 1 Oktober 2025 bagi menghargai dedikasi pegawai perubatan, pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian yang sentiasa berkhidmat di barisan hadapan sistem kesihatan negara. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar elaun itu tidak pernah disemak sejak tahun 2011, dan pelarasan tersebut membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta setahun. “Sebagai contoh, kadar ETAP bagi…