PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa ini, startups menyumbang RM1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menjana 82,000 peluang pekerjaan.
“Selari dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Modal Teroka Malaysia, pelaburan Dana Perintis Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP) dan Jelawang Capital Khazanah ditingkatkan kepada RM750 juta berbanding RM550 juta.
“Cradle Fund dengan dana RM55 juta akan melaksanakan Program Pelaburan Ekuiti serta Bengkel Inovasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diperluas kepada sektor swasta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, kerajaan bercadang menambah baik galakan cukai modal teroka sedia ada untuk tempoh 10 tahun melalui kadar cukai khas dan pengecualian cukai dividen. – UTUSAN










