Bos McLaren sangkal dakwaan tidak suka Piastri

Bos McLaren sangkal dakwaan tidak suka Piastri

Zak Brown (dua dari kiri). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bos McLaren, Zak Brown menolak dakwaan bahawa dia tidak menyokong keputusan pasukan untuk mendapatkan khidmat Oscar Piastri, yang kini mendahului kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini.

Brown menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal selepas pemenang Indianapolis 500 dan juara empat kali IndyCar, Alex Palou, mendakwa dalam perbicaraan mahkamah di London minggu lalu.

Menurut Palou, pengurus McLaren itu memberitahunya pada penghujung 2022 bahawa pengambilan pelumba muda Australia itu bukan keputusannya namun Brown menafikan dakwaan tersebut.

Ketika ditemu bual menjelang Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) hujung minggu ini di Texas, Piastri akan berusaha menjarakkan kelebihan 22 mata ke atas rakan sepasukan dari Britain, Lando Norris.

“Saya tidak pasti dakwaan mana yang lebih menggelikan hati. Dakwaan kata saya bukan orang yang membuat keputusan penting mengenai barisan pelumba kami, atau dakwaan bahawa saya tidak bersetuju mendapatkan Oscar Piastri, seorang pelumba yang sangat berbakat.

“Kedua-dua dakwaan itu jelas tidak masuk akal dan sesiapa yang mengikuti sukan ini pasti dapat menilainya sendiri,” kata Brown.

Palou, yang sebelum ini berharap untuk mendapatkan tempat dalam pasukan McLaren, memberitahu mahkamah bahawa Brown pernah mengatakan keputusan itu dibuat oleh bekas prinsipal pasukan, Andreas Seidl, yang kini sudah meninggalkan pasukan.

“Zak (Brown) memberitahu saya bahawa prestasi Oscar akan dinilai berbanding saya untuk tempat di musim 2024,” kata pelumba Sepanyol itu.

Seidl mengetuai pasukan dari Januari 2019 hingga Disember 2022, di mana dia sebelum ini mengetuai pasukan Porsche, yang salah seorang pemandunya ialah Mark Webber iaitu pengurus dan juga rakan senegara Piastri.

Brown, yang sudah bersama McLaren sejak 2016, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2018 dengan tanggungjawab penuh terhadap keseluruhan operasi pasukan.

Kenyataan Palou mengenai Piastri mencetuskan perbincangan hangat di Australia, di mana terdapat kebimbangan McLaren mungkin akan lebih memihak kepada rakan sepasukan, Norris dalam perebutan kejuaraan dunia yang semakin sengit.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN