PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka meninggalkan Kementerian Kewangan (MOF) menuju ke Parlimen sekitar pukul 3 petang ini bagi membentangkan Belanjawan 2026.
Pembentangan Belanjawan Kerajaan Madani keempat itu dijadualkan berlangsung pada pukul 4 petang.
Terdahulu, beliau tiba di MOF pada pukul 2.07 petang selepas menunaikan solat Jumaat bagi membuat persiapan terakhir sebelum pembentangan.
Ketika ini, pihak media dilihat sudah berkumpul di hadapan bangunan MOF bagi membuat liputan pergerakan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.
Semalam beliau turut melakukan tinjauan akhir persiapan dokumen Belanjawan 2026 bersama pasukan kementeriannya
320 warga MOF terlibat terdiri daripada
Bahagian Cukai, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Bahagian Antarabangsa, Bahagian Pejabat Belanjawan Negara serta Pasukan Bajet.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Belanjawan MADANI 2026 menggambarkan cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang yang akan menggabungkan elemen utama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). – UTUSAN