Bekas bintang UFC Australia maut ditembak

Bekas bintang UFC Australia maut ditembak

serangan yang mengorbankan atlet berusia 33 tahun itu dipercayai dilakukan secara terancang, beberapa bulan selepas beliau terselamat daripada cubaan bunuh pada Februari lalu. - IHSAN MMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Bekas bintang seni bela diri campuran (MMA) Australia, Suman Mokhtarian, maut selepas ditembak dalam satu insiden berani di siang hari ketika sedang berjalan di kawasan Riverstone, pinggir barat laut Sydney, semalam.

Menurut Polis New South Wales (NSW), serangan yang mengorbankan atlet berusia 33 tahun itu dipercayai dilakukan secara terancang, beberapa bulan selepas beliau terselamat daripada cubaan bunuh pada Februari lalu.

Tidak lama selepas kejadian, dua buah kereta ditemui terbakar di dua lokasi berbeza, dipercayai berkait dengan serangan terancang kumpulan jenayah terancang yang menggugat ketenteraman Sydney sejak kebelakangan ini.

Superintenden Polis New South Wales (NSW), Jason Joyce menyifatkan insiden berkenaan sebagai tindakan berani dan menyedihkan, sambil menegaskan pihaknya percaya ia merupakan serangan yang disasarkan terhadap mangsa.

“Ia satu tindakan berani dan amat mengecewakan apabila perkara sebegini berlaku dalam komuniti kita.

“Anda pasti berharap orang ramai boleh berjalan di kawasan perumahan dengan selamat, namun kami percaya ini serangan yang disasarkan,” kata Joyce.

Menurut laporan ESPN, Mokhtarian pernah bertarung dua kali dalam kejohanan UFC antara 2018 dan 2019 sebelum beralih kepada bidang kejurulatihan, membimbing bakat-bakat muda MMA di Sydney.

Seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Ben berkata, dia mendengar bunyi tembakan ketika berjalan bersama isterinya dan melihat kepulan asap tebal di udara.

“Ketika itu ramai penduduk terkejut kerana tidak pernah menyaksikan kejadian sebegini, malah ia berlaku ketika kanak-kanak sedang berbasikal di taman,” kata Ben.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN