Bau busuk bawa penemuan mayat tepi tasik

Bau busuk bawa penemuan mayat tepi tasik

china
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bau busuk yang dihidu seorang lelaki ketika memberi makan ikan membawa kepada penemuan mayat di kawasan tasik di Tiara Lake View Plaza, Lahat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat penemuan mayat lelaki dipercayai warga tempatan itu dilaporkan kepada polis pada pukul 5.40 petang.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa dalam keadaan tertiarap dan terapung dekat tebing tasik dengan berpakaian lengkap serta berkasut dan pemeriksaan di kawasan sekitar tidak menemui kesan darah, pergelutan mahupun barangan mencurigakan berhampiran lokasi kejadian.

“Malah, hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada kenderaan yang lama ditinggalkan atau mencurigakan ditemui di kawasan sekitar,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan bomba dihubungi bagi membantu proses mengangkat mayat mangsa ke kawasan selamat untuk pemeriksaan lanjut oleh pihak polis dan pakar forensik dengan pemeriksaan awal oleh pakar forensik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati tiada kesan pergelutan dan kecederaan pada tubuh mangsa yang dalam keadaan membusuk.

“Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa namun lelaki itu dipercayai warga Malaysia berdasarkan kesan suntikan BCG di bahu kiri. Mangsa dipercayai telah meninggal dalam tempoh lebih sehari. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN