KUALA LUMPUR: Seorang anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) parah selepas terbabit kemalangan di Jalan Tun Razak berhampiran susur keluar ke Jalan Kinabalu di sini, tengah hari tadi. Anggota terbabit cedera selepas motosikal ditunggangnya terlanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti secara mengejut. Ketika kejadian, anggota terbabit sedang mengiringi delegasi dari Brazil yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN. Anggota terbabit difahamkan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Satu video…










