PETALING JAYA: Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan pertama Terbuka Denmark, hari ini.
Pilihan kedua kejohanan itu tumpas kepada pasangan yang baharu digandingkan dari Indonesia, Rian Andrianto-Rahmat Hidayat 21-17, 21-13 dalam tempoh 33 minit di Arena Jyske Bank, Odense.
Ahad lalu, pasangan No. 1 negara itu hampir merangkul kejuaraan di Terbuka Artik namun terpaksa akur dengan wakil England, Ben Lane-Sean Vendy setelah kecundan 18-21, 27-25, 17-21.
Setakat ini, pasangan No. 2 dunia itu sudah pun meraih dua gelaran Jelajah Dunia BWF tahun ini selepas memenangi Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura. – UTUSAN