Astro, tiga syarikat media bergabung lancar Shout Out! 2026. - Utusan Malaysia

Astro, tiga syarikat media bergabung lancar Shout Out! 2026.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat syarikat media terkemuka termasuk Astro bekerjasama melancarkan Shout Out! 2026 bagi membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sepanjang tempoh musim Ramadhan dan Aidilfitri nanti.

Selain Astro, tiga syarikat lain yang terlibat termasuk NKMH Media, The A-List Malaysia dan Mixology.

Menurut penganjur dalam satu kenyataan bersama berkata, Shout Out! 2026 diwujudkan dengan bertujuan menyatukan usahawan, pengasas jenama dan syarikat bagi mendapatkan panduan awal berkaitan strategi pemasaran dan perancangan kempen iklan menjelang musim Ramadan dan Raya 2026.

Selain itu katanya, kerjasama itu sekaligus dapat dijadikan sebagai platform bagi membantu pemain industri merangka pelan pemasaran dengan lebih awal, strategik dan tepat.

“Shout Out! 2026 dijangka menjadi pentas penting bagi memperkasa kolaborasi antara penggiat perniagaan selain membuka ruang perkongsian maklumat bagi memastikan kempen Ramadan dan Raya akan datang dapat dirancang dengan lebih berkesan dan berimpak.

“Gabungan kepakaran keempat-empat syarikat ini menjadikan Shout Out! 2026 sebagai salah satu acara perancangan media paling komprehensif untuk usahawan yang ingin dominan pada musim Ramadhan dan Aidilfitri nanti,” katanya hari ini .

Dalam pada itu, kenyataan tersebut berkata, inisiatif itu juga diwujudkan selepas banyak pihak hanya mula merancang kempen pada saat akhir sehingga menyebabkan peningkatan kos dan persaingan sengit antara jenama lain.

Katanya, ini sekaligus memberi pulangan yang kurang impak disebabkan kurangnya pendedahan perancangan kempen lebih awal dan strategik.

“Kami mahu membantu para usahawan merancang kempen pengiklanan lebih awal, memilih platform yang paling tepat, serta membina strategi kempen yang lebih berimpak.

“Dengan perancangan yang dibuat lebih awal, keputusan media menjadi lebih bijak, hasil kempen lebih kuat, capaian lebih luas, dan yang paling penting, pengurusan bajet dapat disusun dengan lebih teratur dan berkesan.”ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN