PETALING JAYA: Lapan atlet Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melakar sejarah tersendiri apabila terpilih menerima Biasiswa Sukan UniMAP–Budaya Positif, hasil kerjasama strategik antara universiti itu dengan Budaya Positif Sdn. Bhd. Majlis penyerahan biasiswa berprestij itu disempurnakan oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli, bersama wakil syarikat berkenaan, Salwa Samsudin. Program berkenaan menjadi platform pengiktirafan kepada atlet cemerlang universiti serta simbol komitmen UniMAP dalam memperkukuh pembangunan sukan berprestasi tinggi di…