Zii Jia tarik diri, tewas kepada Chun Yi

Zii Jia tarik diri, tewas kepada Chun Yi

Lee Zii Jia terpaksa menarik diri pada aksi penentuan menentang pemain Taiwan, Lin Chun Yi pada aksi pusingan pertama China Masters, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama selepas mengambil keputusan menarik diri ketika permainan berada dalam set ketiga pada China Masters di Shenzhen, China, hari ini.

Anak jati Kedah itu memulakan aksinya dengan baik menentang Lin Chun Yi dari Taiwan selepas menang set pertama 21-17 di Shenzhen Arena.

Namun, Chun Yi yang menghuni ranking No. 15 dunia mempamerkan kebangkitan dalam set kedua selepas dia berjaya mengheret sehingga ke mata deus yang berkesudahan Zii Jia terpaksa akur dengan kekalahan tipis 21-23.

Isu kecederaan mula membayangi Zii Jia sewaktu set kedua sedang berlangsung apabila dia kelihatan tidak selesa apabila berjalan terhincut-hincut.

Namun, pemain itu cuba bertahan sehingga ke set ketiga, tetapi, Zii Jia akhirnya terpaksa akur dan tidak meneruskan saingan sewaktu ketinggalan di belakang Chun Yi 6-14.

Pemain berusia 27 tahun itu juga seperti menunjuk di bahagian paha kanannya kepada pengadil perlawanan yang mungkin menjadi punca dia menarik diri.

Untuk rekod, Zii Jia juga mempunyai kecederaan lama di buku lali kiri yang turut dikhuatiri mengganggu rentak prestasinya pada ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN