West Ham lantik Nuno gantikan Potter

West Ham lantik Nuno gantikan Potter

Graham Potter (kiri) bersalaman dengan bekas pengurus Nottingham Forest dari Portugal, Nuno Espirito Santo pada Mei lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: West Ham United mengumumkan pelantikan Nuno Espirito Santo sebagai pengurus baharu pasukan hanya beberapa jam selepas menyingkirkan Graham Potter hari ini.

Nuno, yang sebelum ini dipecat Nottingham Forest musim ini, menandatangani kontrak tiga tahun dengan kelab yang kini bergelut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan akan memimpin perlawanan pertamanya menentang Everton pada awal pagi Selasa.

“Saya sangat gembira berada di sini dan berasa bangga mewakili West Ham United.

“Matlamat saya adalah untuk bekerja keras mendapatkan yang terbaik daripada pasukan dan memastikan kami bersaing sebaik mungkin,” kata Nuno.

Bekas pengurus Tottenham dan Wolves itu dipecat oleh pemilik Forest, Evangelos Marinakis, tiga minggu lalu selepas berlaku perselisihan mengenai polisi perpindahan kelab, namun beliau mendapat pujian kerana membawa Forest ke pertandingan Eropah buat kali pertama dalam 30 tahun.

Potter, yang hanya memperoleh tiga mata daripada lima perlawanan liga musim ini dan tersingkir daripada Piala Liga menentang Wolves, diletakkan jawatan kurang daripada 24 jam selepas sidang media pra-perlawanan semalam.

“Keputusan dan prestasi sepanjang separuh kedua musim lalu serta permulaan musim 2025/26 tidak menepati jangkaan,” menurut kenyataan West Ham.

Potter, yang memenangi hanya enam daripada 25 perlawanan West Ham selepas menggantikan Julen Lopetegui, berkata beliau kecewa tidak dapat mencapai apa yang dirancangkan.

“Saya sangat kecewa meninggalkan West Ham United Football Club, terutamanya tanpa dapat mencapai apa yang kami rancangkan pada awal perjalanan kami di East London, namun saya akui keputusan tidak memadai sehingga kini,” katanya dalam kenyataan.

Kekalahan di laman sendiri kepada Crystal Palace hujung minggu lalu menjadi titik noktah kepada pengurusan Potter, selepas West Ham memulakan musim dengan buruk walaupun membelanjakan secara besar-besaran untuk lapan pemain baharu dalam jendela perpindahan musim panas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN