LAHAD DATU: Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Proton Saga dari arah bertentangan, di Kilometer 12 Jalan Lahad Datu-Felda, di sini, hari ini. Dalam kejadian pukul 10.54 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun mengalami kecederaan manakala pemandu Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada…