Verstappen juara GP Azerbaijan, Piastri tersingkir awal

Verstappen juara GP Azerbaijan, Piastri tersingkir awal

Pemandu Red Bull Racing dari Belanda, Max Verstappen meraikan dengan trofinya di atas podium selepas Grand Prix Formula Satu Azerbaijan di Litar Baku City di Baku hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU: Max Verstappen menamatkan penantian untuk bergelar juara di Litar Jalan Raya Baku apabila memenangi Grand Prix Azerbaijan, sekali gus menghidupkan semula perebutan kejuaraan dunia Formula Satu (F1).

Pelumba Red Bull itu bermula dari petak utama dan tidak digugat sepanjang perlumbaan untuk meraih kemenangan keempat musim ini serta ke-67 dalam kariernya.

Beliau menamatkan saingan dengan kelebihan 14.609 saat di hadapan George Russell (Mercedes) yang bergelut dengan masalah kesihatan dan Carlos Sainz (Williams) di tempat ketiga.

“Minggu yang sangat menakjubkan. Untuk menang di sini memang luar biasa. Kereta begitu konsisten di kedua-dua jenis tayar dan segalanya berjalan lancar.

“Ia agak berangin dan kereta banyak bergerak, tetapi saya gembira dengan prestasi dan lega tiada banyak insiden kereta keselamatan,” kata Verstappen.

Saingan kejuaraan pula semakin terbuka selepas pendahulu, Oscar Piastri (McLaren) terpaksa bersara awal di selekoh enam pada pusingan pertama sekali gus menamatkan rekod 34 perlumbaan berturut-turut mengutip mata.

Malang buat McLaren, rakan sepasukan Piastri iaitu Lando Norris hanya mampu menamatkan saingan di tangga ketujuh selepas pit stop yang hambar, sekali gus gagal memanfaatkan peluang untuk merapatkan jurang kejuaraan.

Dengan keputusan itu, Piastri kekal mendahului carta pelumba dengan 324 mata diikuti Norris (299) dan Verstappen (255) ketika musim berbaki tujuh pusingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN