Verstappen ancaman terbesar McLaren

Verstappen ancaman terbesar McLaren

MAX VERSTAPPEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: McLaren perlu memilih sama ada mahu memberi sokongan penuh kepada Oscar Piastri atau pun Lando Norris sekiranya Max Verstappen menjadikan perebutan kejuaraan Formula Satu (F1) sebagai pertempuran tiga penjuru.

Itu pandangan juara dunia F1 1997, Jacques Villeneuve yang percaya McLaren mungkin berdepan kesukaran dalam membuat keputusan jika Verstappen terus merapatkan jurang dengan Piastri dan Norris.

Verstappen meraih kemenangan kedua berturut-turut dan keempatnya musim ini dengan persembahan dominan di Grand Prix (GP) Azerbaijan, sekali gus mengurangkan defisit kejuaraan terhadap Piastri daripada 104 mata kepada 69 mata.

Pendahulu kejuaraan, Piastri terkeluar daripada saingan pada minggu lalu manakala Norris hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, membolehkan Verstappen meraih mata penting ke atas kedua-dua pemandu McLaren itu.

“Masalah untuk Norris ialah jika Verstappen semakin menghampiri, pada satu ketika pasukan perlu mula menyokong Piastri dan menjadikannya pemandu nombor satu.

“Ketika itu, perebutan kejuaraan tidak lagi melibatkan rakan sepasukan tetapi akan menjadi melawan pemandu dari pasukan lain dan seorang yang sangat hebat malah, pemandu terbaik di dunia. Norris kini berada dalam kedudukan yang sangat sukar.

“Azerbaijan sebenarnya telah mengekalkan atau meletakkan semula Verstappen dalam perebutan kejuaraan dan dia tidak mudah goyah di bawah tekanan malah dia akan memberikan tekanan yang sangat besar kepada kedua-dua pemandu McLaren dan juga pasukan itu sendiri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN