Sambut Aidilfitri sederhana, rakyat jangan alpa konflik Asia Barat

Sambut Aidilfitri sederhana, rakyat jangan alpa konflik Asia Barat

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat tidak seharusnya alpa dengan perkembangan politik dan kemelut yang melanda Asia Barat di saat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat Ramadan perlu dijadikan landasan bagi memperkukuh perpaduan dalam mendepani cabaran semasa ekoran konflik berkenaan yang mampu memberi kesan terhadap ekonomi dan sosial rakyat.

Katanya, ini kerana Malaysia tidak terkecuali daripada kesan perkembangan geopolitik dengan mempengaruhi peningkatan kos sara hidup dan tekanan kepada ekonomi negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dunia kita sekarang terdedah dengan pelbagai pandangan, pendirian, ujian. Maka kekuatan negara kita terletak pada kebulatan dan kesatuan hati, ‘Wahdatul Fikr, Wahdatul Amal’ untuk mempertahankan perpaduan serta keharmonian.

“Sebab itu kita harus lebih waspada kerana kesan daripada peperangan itu tentunya akan menjalar kebanyakan kawasan kita daripada segi harga minyak, harga barang, kos sara hidup dan tekanan pada ekonomi negara,” katanya menerusi ucapan khas sempena sambutan Aidilfitri.

Anwar berkata, kerajaan akan berusaha untuk mempertahankan serta memperkukuh kedudukan ekonomi negara walaupun berdepan pelbagai cabaran semasa.

“Saya percaya, insya-Allah, dengan persiapan dan perancangan yang rapi, negara kita mampu terus kekal optimis dengan kedudukan ekonomi yang telah dicapai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sebagai Kerajaan Madani, kita akan terus berusaha mempertahankan dan memperkukuh kedudukan ini dengan cabaran semakin mendatang,” katanya.

Anwar berkata, sambutan Aidilfitri wajar disambut dengan penuh kesederhanaan, merangkumi aspek budaya, amalan serta penganjuran sambutan, di samping mengingati nasib golongan yang berdepan kesusahan sama ada di dalam negara mahupun di luar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini