KELIBAT Datuk Ariffin Deraman di kenduri kahwin di kampung sekitar kawasan Alur Limbat sudah menjadi pemandangan biasa. Tanpa protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat itu menyapa tetamu, duduk semeja dengan orang kampung sambil menyuap nasi minyak, seolah-olah beliau sebahagian daripada keluarga pengantin. Itulah gaya kepemimpinan yang dipraktikkan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ripin dengan meraikan rakyat dalam apa jua keadaan. Baginya, seorang pemimpin mesti dekat dengan masyarakat…










