BALIK PULAU : Seorang tukang masak didenda RM6,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengajak seorang wanita melakukan hubungan seks, pada 19 September lalu. Tertuduh, Muhammad Amirulhakim Suhaimi, 30, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Chia Huey Ting. Selain mengenakan denda, mahkamah turut memutuskan bahawa tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 bulan jika dia gagal membayar denda tersebut.…