SEREMBAN: “Saat saya angkat tubuhnya, terasa ringan seperti sekeping kertas,” kata Muhammad Arsyad Jahaya, 35, penyelam yang terjun ke dalam lubang kumbahan bagi menyelamatkan seorang murid lelaki berusia sembilan tahun yang maut ketika kejohanan olahraga di sebuah sekolah di Lenggeng, semalam. Muhammad Arsyad, yang hadir sebagai penjaga, mengakui kejadian itu meninggalkan kesan emosi mendalam sehingga membuatnya sebak setiap kali mengingati detik berkenaan. “Ketika guru panggil saya, suasana sudah kecoh. Ada…