SARATOK: Jasad tiga lelaki warga Indonesia yang hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Krian kelmarin ditemukan pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat seorang daripada mangsa berusia 35 tahun dijumpai oleh penduduk kampung kira-kira pukul 10.10 pagi. Manakala mayat dua lagi mangsa berusia 50 dan 41 tahun dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 10.15 pagi dan 10.45 pagi. “Operasi ditutup sepenuhnya hasil perbincangan…