Enam selamat, empat hilang perahu karam di tengah sungai

Enam selamat, empat hilang perahu karam di tengah sungai

Mangsa-mangsa yang selamat dalam kejadian perahu karam di Sungai Krian petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARATOK: Enam lelaki selamat manakala empat lagi hilang selepas perahu dinaiki mereka karam di Sungai Krian, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semalam, ketika semua mangsa yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan dalam perjalanan pulang kerja.

“Semasa dalam perjalanan menyeberangi Sungai Krian dari Jeti Sesang ke Jeti Pusa, perahu yang dinaiki mereka telah karam di tengah sungai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata enam orang mangsa yang kesemuanya warga Indonesia berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut di tepi tongkang dan diselamatkan menggunakan bot lain.

Manakala, katanya empat mangsa yang yang terdiri daripada seorang warga tempatan berusia 25 tahun serta tiga warga Indonesia berusia 35, 41 dan 50 tahun didapati hilang dan belum dijumpai.

Katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dimulakan pagi tadi namun setakat ini, tiada mangsa ditemukan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×