Tiz Zaqyah tegur netizen dengki tengok ramai kongsi rezeki dengan rakyat Indonesia

Tiz Zaqyah tegur netizen dengki tengok ramai kongsi rezeki dengan rakyat Indonesia

tiz zaqyah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Tiz Zaqyah menegur sikap segelintir netizen di negara ini yang seolah-olah tidak suka melihat orang lain melakukan kebaikan terutama kepada rakyat Indonesia yang kini berhadapan dengan rusuhan besar.

Dalam hantaran di Threads, Tiz Zaqyah menyifatkan golongan terbabit sebagai memiliki  perasaan dengki yang sangat teruk dalam diri mereka.

“Ini adalah gejala ‘PHD’ (Penyakit Hasad Dengki) yang membiak di dalam hati yang ‘busuk’.

“Ubat supaya tidak berjangkit, sebutlah, ‘Allahumma barik’ apabila melihat kebaikan yang ada pada orang lain. InsyaAllah, sembuh, semoga bermanfaat,” katanya.

Hantaran itu dibuat oleh Tiz Zaqyah sebagai susulan kenyataan pelakon, Rashidi Ishak yang mempertahankan tindakan individu memberi bantuan makanan kepada keluarga di Indonesia yang ketika ini sedang berdepan krisis rusuhan yang masih berlarutan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN