Tang Jie-Ee Wei cemas sebelum mara ke suku akhir China Masters

Tang Jie-Ee Wei cemas sebelum mara ke suku akhir China Masters

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu 21-13, 13-21, 21-16 pada aksi pusingan kedua China Masters di Shenzen Arena, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara dunia 2025, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dipaksa bekerja keras sebelum melangkah ke suku akhir China Masters, sebentar tadi.

Pasangan No.3 dunia itu bermula garang apabila mudah menundukkan lawan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu 21-13 di set pertama.

Bagaimanapun, mereka dikejutkan pada set kedua selepas pasangan No.12 dunia itu bangkit menjarakkan mata untuk meraih kemenangan 21-13.

Situasi itu mencetuskan debaran di Arena Shenzhen, namun Tang Jie-Ee Wei mempamerkan ketenangan luar biasa untuk menutup perlawanan 21-16 dalam masa 63 minit.

Kemenangan tersebut merupakan kali keempat berturut-turut pasangan negara menundukkan gandingan Indonesia itu di pentas antarabangsa.

Tang Jie-Ee Wei seterusnya akan menentang sama ada gandingan Denmark, Jesper Toft-Amalie Magelund atau pilihan kelima dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet pada aksi suku akhir esok.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang sekali lagi terkandas di pusingan kedua.

Pasangan No.8 dunia itu tewas 6-21, 21-16, 12-21 kepada wakil Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan, sekali gus melanjutkan rentetan kemarau ke suku akhir sejak Terbuka Jepun pada Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN