Suarez dilihat meludah ke arah pihak lawan

Suarez dilihat meludah ke arah pihak lawan

PEMAIN Inter Miami, Luis Suarez cuba dileraikan selepas terlibat dalam insiden pergaduhan ketika final Piala Liga di Seattle, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Luis Suarez dilaporkan meludah ke arah seorang kakitangan pasukan lawan semasa pergaduhan besar selepas kekalahan 3-0 Inter Miami kepada Seattle Sounders dalam final Piala Liga, semalam.

Sejurus selepas wisel penamat di Lumen Field, penyerang veteran Uruguay itu berlari ke arah Obed Vargas dan menarik kepala pemain tengah Sounders itu ke dadanya sehingga mencetuskan kekecohan yang melibatkan ramai pemain dan kakitangan kedua-dua pasukan.

Pegawai perlawanan bergegas untuk meleraikan pergaduhan itu tetapi lensa kamera merakam Suarez seolah-olah meludah ke arah seorang jurulatih Seattle ketika dia berjalan meninggalkan Vargas.

Jurulatih Inter Miami, Javier Mascherano berkata, dia berada terlalu jauh untuk mengulas mengenai sebarang insiden tertentu.

“Tiada siapa yang suka melihat tindakan seperti ini pada penghujung perlawanan, tetapi jika ada reaksi, mungkin ada provokasi,” katanya.

Terdapat beberapa kekecohan sebelum upacara penyampaian trofi akhirnya dapat dijalankan, dengan kedua-dua pasukan masih berada di tempat kejadian.

Sebagai rekod, Suarez pernah menggigit Giorgio Chiellini semasa Piala Dunia 2014. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN