Speedy Tigress belasah Taiwan 11-1

Malaysian Tigress belasah Taiwan 11-1

SKUAD hoki wanita negara memperoleh kemenangan pertama dalam kempen Piala Asia 2025 selepas membelasah Taiwan 11-1 di Hangzhou, hari ini. - Ihsan Konfederasi Hoki Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara meraih kemenangan pertama dalam kempen Kumpulan A Piala Asia 2025 selepas membelasah Taiwan 11-1 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, hari ini.

Nur Afiqah Syahzani Azhar meledak tiga gol dalam perlawanan tersebut manakala Nuramirah Shakirah Zulkifli, Nur Arfah Mohd Nor dan Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin masing-masing menjaringkan dua gol.

Dua gol lagi dijaringkan oleh Hanis Nadiah Onn dan Fatin Shafika Mahd Sukri.

Gol tunggal Taiwan diperolehi menerusi penalti shoot-out Huang Yu-Ting pada minit ke-59.

Selepas ini, Malaysia dijadual menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir kumpulan, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN