Selangor pertahankan Piala Sultan Selangor 2025

Selangor pertahankan Piala Sultan Selangor 2025

Para pemain pilihan Selangor meraikan kemenangan selepas menjuarai perlawanan Piala Sultan Selangor 2025 menewaskan pasukan pilihan Singapura di Stadium Merdeka di sini semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad Pilihan Selangor mengekalkan kejuaraan Piala Sultan Selangor 2025 selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka, malam tadi.

Pemangku jurulatih Selangor FC, Christophe Gamel, menurunkan kesebelasan gabungan pemain muda dan senior dengan Faisal Halim kekal selaku kapten pasukan.

Faisal membalas kepercayaan Gamel apabila mencipta peluang buat Harry Danish meledak gol pertama pada minit ke-20.

Namun, kelekaan di benteng pertahanan menyaksikan Selangor dibolosi pada penghujung babak pertama melalui penyudah menarik pemain Singapura, Takumi Yokohata.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi memburu gol kemenangan, tetapi tuah memihak kepada tuan rumah selepas diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Pemain gantian, Chrigor Moraes, bijak menyudahkan sepakan penalti itu bagi memastikan kemenangan Selangor 2-1 sehingga wisel penamat.

Dalam perlawanan lain, pasukan veteran Singapura menewaskan veteran Selangor 3-2 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN