Penunggang basikal maut kemalangan ketika sertai acara kayuhan

Penunggang basikal maut kemalangan ketika sertai acara kayuhan

MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas kemalangan di Jalan Kuala Muda, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang penunggang basikal maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika menyertai acara kayuhan sejauh 68 kilometer (KM) di Jalan Kuala Muda, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, mangsa, Low Beng Seng, 28, yang menetap di sini meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati mangsa berkayuh bersama beberapa peserta lain di kelompok belakang sebelum dipercayai mengelak daripada bergesel dengan pelumba bersebelahan.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah hadapan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN